
Goji berry (Lycium barbarum) merupakan sejenis tumbuhan herba yang berasal dari Banjaran Tibet dan Banjaran Himalaya. Goji berry yang juga dikenal sebagai Wolfberry adalah tumbuhan daripada keluarga Solanaceae, sama seperti terung dan cili.
Buah goji berry mengandungi beta-karoten, vitamin C, vitamin B1 dan B2, beta-sitosterol (agen anti-radang) linoleic asid (asid lemak), immunologikal polisakarida yang aktif, sesquiterpenoids (cyperone, solavetivone), tetraterpenoids (zeaxanthin, physalin) dan betaine. Goji berry dikatakan mengandungi 500 kali ganda vitamin C berbanding oren.
Buah goji berry begitu terkenal dalam amalan perubatan tradisional China sejak zaman dahulu. Berdasarkan amalan perubatan tradisional China, khasiat buah ini termasuklah menyihatkan hati, mata, meningkatkan tenaga batin dan sistem kesuburan manusia. Buah goji berry juga dikatakan mampu menguatkan kaki dan tulang, meningkatkan sistem pertahanan tubuh, melancarkan pengaliran darah serta melanjutkan usia. Penduduk Ningxia, China yang kebanyakannya mengamalkan pemakanan goji berry sebagai makanan harian ramai yang menjangkau usia 100 tahun atau lebih.
Daun dan kulit akarnya dijadikan teh oleh masyarakat China. Buah goji berry boleh di makan sama ada dalam bentuk mentah ataupun kering. Buah goji berry juga boleh dibuat jus minuman.