Kunyit Hitam

Kunyit Hitam (Kaempferia parviflora)

Kunyit Hitam (Kaempferia parviflora)

Kunyit hitam atau nama saintifiknya Kaempferia parviflora adalah tanaman dari jenis cekur. Ianya adalah tanaman herba yang berasal dari negara Thailand. Kunyit hitam ini bernilai tinggi serta telah digunakan secara tradisional sejak sekian lama di beberapa negara seperti Vietnam dan Thailand. Kini herba ini menjadi semakin popular di Malaysia dan juga Indonesia.

Kunyit hitam boleh dibiakkan melalui 3 kaedah utama, iaitu sama ada menggunakan rizom, pembahagian rumpun, ataupun secara tisu kultur. Umbisi kunyit hitam mengambil masa lebih kurang dua bulan untuk menghasilkan rizom. Manakala kaedah pembiakan menggunakan tisu kultur pula mengambil masa lebih kurang lapan bulan sebelum anak pokok boleh ditanam. Kaedah pembiakan yang paling cepat adalah melalui pembahagian rumpun.

Setelah ditanam, anak pokok kunyit hitam mengambil masa sepuluh bulan hingga setahun untuk mencapai kematangan dan menghasilkan umbisi.

Dereten Kunyit Hitam (Kaempferia parviflora)
Kunyit Hitam (Kaempferia parviflora)
Kunyit Hitam (Kaempferia parviflora)
Kunyit Hitam (Kaempferia parviflora) segar bugar

Isi / ubi / umbisi kunyit hitam ini boleh digunakan untuk pembangunan pelbagai produk, termasuklah makanan kesihatan, makanan tambahan herba, campuran produk bersama kopi, kosmetik dan juga farmaseutikal.

Kunyit hitam dilaporkan mempunyai khasiat seperti berikut:

a. Peningkatan tenaga

b. Meningkatkan kekuatan otot

c. Diperkaya dengan antioksidan

d. Membantu rawatan resdung tahap kronik, alahan dan kegatalan

e. Antigastrik/ ulser

f. Merangsang penghadaman dan mengelakkan sembelit serta buasir

g. Rangsangan prestasi seksual (wanita) dan menopaus

h. Mencegah masalah obesiti dan diabetes

i. Membantu rawatan migrain dan sakit kepala

j. Mencegah penyakit kardiovaskular (strok dan jantung), peningkatan peredaran darah

k. Antibarah

l. Membantu meningkatkan prestasi seksual dan tenaga fizikal

Klik je logo di bawah untuk membeli melalui Shopee